Searching...
Monday 30 March 2015
05:11 0

Akhirnya Benjy Berdepan Hukuman Gantung Setelah Ditangkap Kali Keempat

Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy yang ditahan polis di Pagoh dekat sini kelmarin disiasat kerana dipercayai terbabit dengan rangkaian sindiket dadah yang mahu memindahkan makmal syabu mereka di Kuala Lumpur ke daerah ini.

sumber  http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0329&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia di dalam kenderaan pelakon itu yang biasanya digunakan sindiket terbabit untuk memproses syabu.

Azman turut memberitahu, Benjy, 37, yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkaitan dadah berdepan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan kerana kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kita percaya mereka baru sahaja berpindah dari sebuah kawasan di MidValley, Kuala Lumpur ke daerah ini.
Jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga 5 kilogram (kg) pada satu masa”

“Kita juga menemui dadah jenis syabu seberat lebih 1.3kg. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di sini semalam.

Anak lelaki tunggal kepada pelakon terkenal, Allahyarham Azean Irdawaty itu ditahan semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pukul 1.40 pagi kelmarin.
Tuesday 24 March 2015
00:51 0

3 Gambar: Cantik Sungguh Gadis Ini Bila bertudung Tapi Satu Je Yang KURANG...

3 Gambar: Sungguh Cantik Gadis Ini Bila bertudung, ada iras-iras penyanyi Siti Nordiana gitu.. Tapi Satu Je Yang KURANG... 
untuk pengetahuan korang, awek cun ini merupakan seorang duta produk hebat. 
kalau tak percaya, tengok ni http://raisyyahrania.blogspot.com/2014/08/pergh-awek-cun-bertudung-ini-cetus.html
masalahnya sekarang, satu je yang kurang...
"KURANG ASAM..."  :P
nak tahu kenapa? sebab awek ini dah berpunye.. Melepas lagi... LoL jangan marah... gurau je.. 
===========================
penulis sebenarnya nak promote tudung. Kan Felixia pun dan bertudung sekarang... so, apa kata jom pakat ramai-ramai kita pakai tudung... hihi -Raisyyahrania.blogspot.com
sejuk mata memandang... 
Monday 23 March 2015
23:40 0

VIDEO GILA!! AWEK MELAYU WEBCAM TUNJUK AKSI TAK SENONOH!!


VIDEO GILA!! AWEK MELAYU WEBCAM TUNJUK AKSI TAK SENONOH!! | Panas je rasa tengok video2 macam ni.

Tau la dia tu ada,orang lain pun ada juga. Tau la dia punya besar,orang lain pun besar juga.

Kepada kaum Hawa yang lain,jangan sesekali anda menduga nafsu lelaki dengan video seperti ni.



Read more: http://ohmy-gummy.blogspot.com/2015/03/video-gila-awek-melayu-webcam-tunjuk.html#ixzz3VHaflaUl
08:28 0

Betul keCium Kemaluan Isteri Tidak Bau Syurga



Benarkah Jika Suami Cium Kemaluan Isteri Tidak Bau Syurga? | Kepada yang dah berkahwin baca keterangan ini ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. 

Dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. 

Apa yang penceramah katakan ialah sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya..maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga.


Kelihatan peserta yang datang berbisik-bisik sesama mereka.. untuk meredakan keresahan masing-masing penceramah tersebut pun berkata:


penceramah: “ada ape-ape soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih…?”

bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. Lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya…bergerak ke mic yang disediakan…

peserta: “saya ********* dari ****… merujuk kepada kenyataan ustaz tadi…berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak”

penceramah: “iye..silakan…”

peserta: “saya belajar di ****… saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi..mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing-masing cuma dari segi adab tidak berapa elok lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian yang lain-lain tak boleh buat ustaz.. Boleh ustaz jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh masuk syurga….?”

Nampak, berbezanya cara orang berfikir… Asasnya bagus peserta tersebut… Kelihatan ketika itu peserta terangguk-angguk menunjukkan dia ingin mengetahui lebih lanjut.

penceramah: “sedara jangan salam faham… Saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram! Saya tak cakapkan… ade sapa rakam ceramah saya? Ade saya kata haram? Tak de.. saya tak kata pun tak masuk syurga… saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga… iyela kalau kite cium kemaluan isteri..bau kemaluan jelah…..”

Sekadar Bersantai.. Jangan ada yang terasa pulak yer.. kikiki..
08:10 0

Gaun Nipis Izara Aishah Menampakkan Puting Payudara Ketika Sambutan Hari Jadi ke-

Selamat hari jadi buat pelakon seksi, Izara Aishah yang ke-22 yang disambut lebih awal semalam di Pavilion Center Court, Kuala Lumpur. Majlis kejutan itu dianjurkan oleh syarikat SHISEIDO Malaysia di mana Izara ialah salah seorang duta produk mereka.

Meskipun sambutan tersebut cukup sederhana namun tetap membuat Izara beremosi dan menangis kerana tidak menyangka menerima penghormatan dari syarikat terbabit.

Dalam majlis hari jadinya, Izara mengenakan busana paras peha yang merah menyala dan agak ketat mengikut bentuk badannya. Ia menarik perhatian ramai blogger dan peminat yang turut sama hadir menyaksikan.
Sunday 22 March 2015
09:42 0

10 Gambar Selfie Kakak Emma Maembong Yang Super Cantik. #No. 7 Macam Patung..

Nama Maembong tidak asing lagi dalam Industri hiburan tahan air Malaysia.. Sangat terkenal dengan kecantikan dan Kejelitaan.. Kali ini admin KakiMedia saji kan 10 Gambar Effa Maembong, Kakak Emma Maembong yang sangat cantik untuk santapan anda.. boleh kalah Emma Maembong ni..

Terpegun seketika kami bila melihat Ciptaan Ilahi ini.. Terkejut kami.. Super Cantik










09:23 0

5 BERADIK GEMBIRA BERKONGSI ISTERI

5 Beradik Gembira Berkongsi Isteri-Seorang ibu muda semalam mendedahkan dia mempunyai lima suami.Lebih menarik lagi, kelima-limanya adalah adik-beradik.

Rajo Verma, 21, tinggal dalam sebuah rumah satu bilik dengan kelima-lima suaminya dan tidur bersama suami berbeza setiap malam mengikut giliran.

(gambar hiasan)
Suri rumah itu juga tidak tahu siapa bapa bayi lelakinya.

Rajo berkata: “Pada awalnya, ia rasa agak pelik. Dan saya tidak mempunyai suami kegemaran.”

Suami pertamanya, Guddu, 21, menegaskan: “Kami semua melakukan seks dengannya tetapi saya tidak cemburu. Kami sebuah keluarga besar yang bahagia.”

Pasangan itu berkahwin mengikut istiadat Hindu yang diatur keluarga mereka empat tahun lalu dan dia menjadi satu-satunya suami Rajo yang sah.

Tetapi adat di kampung mereka mewajibkan Rajo turut mengambil adik-beradik suaminya sebagai suami.

Mereka ialah Bajju, 32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh — yang dikahwininya tahun lalu ketika pemuda itu mencecah usia 18 tahun.

Abang sulung Bajju berkata: “Saya menganggap Rajo sebagai isteri saya dan tidur bersamanya sebagaimana adik saya yang lain.”

Rajo memasak, mengemas dan menjaga bayinya, Jay yang berusia 18 bulan ketika semua suaminya pergi bekerja di Dehradun, utara India.

Rajo berkata mengenai tradisi purba bergelar poliy andri: “Ibu saya turut berkahwin dengan tiga beradik. Bila saya berkahwin saya tahu saya terpaksa menerima semua lelaki itu sebagai suami.”

“Saya tidur dengan mereka mengikut giliran. Kami tiada katil, kecuali beberapa selimut.

“Yang menariknya, saya mendapat lebih perhatian dan kasih sayang daripada kebanyakan isteri lain.”
\

Read more: http://ohmy-gummy.blogspot.com/2014/07/5-beradik-gembira-berkongsi-isteri.html#ixzz3V8Gikflm
Thursday 19 March 2015
05:45 0

HARAPKAN MUKA JE LAWA BETINA ATENDAN KKM SEREMBAN NI TAPI PERANGAIII..!!


Seorang individu memuat naik kenyataan menentang kerajaan secara terbuka di laman Facebook dikecam oleh netizen yang menganggap gadis itu biadab dan tidak wajar diung#kap oleh kakitangan awam.

Menerusi gambar-gambar yang tersebar di laman Facebook itu, individu terbabit dikatakan bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai Atendan Kesihatan.

Individu yang mengguna#kan nama Zara Bella memuat naik kenyataan "BN (Barisan Nasional) babi," di Facebook dan juga turut mendakwa kerajaan BN adalah zionis.


"Pui.. adik beradik aku tak join rejim zionis tu la. Ko yang bangang tu yang sokong. Teruskan menjilat buntut Najib," katanya.

Tindakannya itu mengunda#ng rasa tidak puas hati sesetengah netizen sehingga menyebabkan pertelingkahan di antara mereka.

"Kerja dengan kerajaan, makan hasil kerja dengan kerajaan tetapi mulut bacul. Harap muka saja lawa, tetapi budi bahasa hancur," kata seorang kakitangan awam yang turut kesal membaca kenyataan yang tidak bertanggungjawab wanita terbabit.

Bagaimanapun, hasil pemerh#atian kami, tuan empunya gambar dan akaun Facebook tersebut mendakwa gambar serta namanya telah digunakan oleh orang lain untuk tujuan memburuk-burukkan Barisan Nasional.

Dakwanya lagi, dia terpaksa menanggung akibat dari perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu apabila laman Facebooknya diserang oleh ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan kenyataan 'kontroversi' itu.



  "Ingat aku bodo sangat ke nak kom#en² macam tu? Kenapalah rakyat Malaysia ni mudah sangat percaya? Sebab orang hack, aku dah jadi 'glamour' macam retis. Terima kasihlah kepada mereka yang komen di status aku tu. Sekarang nak buat report je. #Buka Facebook hampir kena heart attack.

  "Aku pun boleh kalau nak kenakan orang guna Facebook aku. Tukar gambar profile dan nama akaun aku kepada akaun Facebook orang yang aku nak kenakan. Lepas tu, screenshot dan update status buruk-burukkan negara. Then aku tukar balik ke gambar profile aku dan nama akaun. Jalan nak kenakan orang lain," katanya yang kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia cepat percaya kepada perkara yang tersebar tanpa menyelidiknya terlebih dahulu.

Gambar-gambar yang tersebar itu dis#ebarkan oleh pengendali page UMNO Era Baru, menyebabkan wanita itu dikecam teruk di laman sosial. Bagaimanapun gambar-gambar mangsa telah diturunkan oleh pengendali page berkenaan setelah mangsa menghubungi mereka.

Akan tetapi, menurut sumber yang menghubungi kami mendedahkan, wanita itu sebelum ini kerap melontarkan komen² yang bercanggahan dengan kerajaan di laman-laman Facebook sama ada group atau page.



Untuk pengetahuan, mana-mana penj#awat awam adalah dilarang terlibat dalam hal-hal politik seperti mana yang telah ditetapkan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pekeliling ini juga terpakai pada kerajaan yang 'baru' seandainya kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Sebelum ini telah dinyatakan dalam keny#ataan media bahawa hanya pegawai kerajaan gred 41 ke atas saja yang dibenarkan terlibat dalam hal-hal politik. Bagi pegawai di bawah gred 41 adalah ditegah dari terlibat dari sebarang hal-hal yang berkaitan dengan mana-mana parti politik.
Tuesday 17 March 2015
23:14 0

LULUH HATI SUAMI, RAKAM ISTERI BERZINA DALAM KERETA DENGAN LELAKI



Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juru audit di sebuah syarikat swasta juga. Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa. Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama. Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air. Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan. Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal. Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi. KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja. Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat. Itu pun rasa macam beraksi dengan patung. Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini. Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci. Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya. Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera. Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”. Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru. Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya. Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya. Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing. Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan. Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan. Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali. Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya. Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya. Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya. Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya. Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya. Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal. Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya. Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka. Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua. Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil. Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu. Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam. Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka. Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka. Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu. Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai. Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya. Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka. Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara. Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama, saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya. Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu. Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga, tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap. Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta. Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu. Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur. Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu. Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam. Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur. Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat. Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku. Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu, selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi. Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah, saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap. Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik. Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang. Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong. Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa, dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan. Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya. Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat. Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar. Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui. Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup. Anak saya seakan mengetahui hati saya. Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih. Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya. Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu. Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri. Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap. Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang. Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka. Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara. Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka. Apakah perkara yang hendak dibincangkan. Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka. Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya, apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata. Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya. Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain. Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya. Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka. Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka. Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak. Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya. Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya. Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya. Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television. Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut. Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu. Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun. Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian. Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya. Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya. Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya. Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas, selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain. Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya. Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya. Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering. Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu. Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan. Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat. Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

KESIMPULAN


Semuga kisah pedih pengalaman sahabat kita ini dapat menyedarkan pasangan lain di luar sana. Ingatlah ‘lelaki yang tidak cemburu terhadap isteri dan anaknya adalah dayus dan tidak akan mencium syurga’. Iman wanita amatlah tipis dan amat mudah tergoda, khususnya apabila mereka bebas sewaktu bekerja.

WARGA PRIHATIN ada banyak kes sebegini dalam simpanan fail kami. Zina bagi yang sudah berkahwin hukumannya rejam sampai mati.

Jika tidak direjam secara muhkamat, mereka tetap direjam secara mutasyabihat. Aktiviti haram memang dipromosi oleh syaitan. Ia dilakukan semata-mata kerana nafsu, tanpa ikatan dan tanggungjawab. Oleh itu, menjadi trend sekarang semua perbuatan zina itu dirakam untuk ‘kenangan’. Apabila nafsu sudah memuncak, masing-masing sudah tidak kisah untuk dirakam aksi ranjangnya. Banyak sekali kes yang pihak wanita sendiri yang merakam aksinya berkali-kali.

Seorang suami yang berprinsip tidak akan mampu menerima semula isteri yang berlaku curang. Itu adalah ego atau ‘pride’ lelaki yang Allah kurniakan secara fitrah. Pengalaman kami menunjukkan suami akan menceraikan isterinya pada kadar segera sebaik sahaja mendapat bukti. Memanglah hakikatnya seorang wanita hanya untuk seorang lelaki sahaja. Tidak mungkin 2 lelaki atau lebih boleh hidup bersama seorang wanita dalam masa yang sama.

Hasil kajian dan pengalaman kami juga menunjukkan situasi yang amat berbeza dengan sikap isteri yang masih mampu walaupun pahit untuk menerima suami yang berselingkuh dengan wanita lain. Mungkin para isteri memikirkan soal nasib anak, nasib diri yang mungkin menjanda, menjaga maruah diri serta keluarga dan sebagainya. Kebetulan pula dalam Islam ada Poligami yang sering diambil peluang oleh suami untuk berbuat sewenangnya. Kononnya boleh tambah isteri bila ‘terkantoi’. Maka meranalah si isteri.

Janganlah biarkan isteri kita BERKELIARAN, samada melalui aktiviti sosial secara zahir maupun melalui alam maya. Jika isteri kita diizinkan bekerja, pantaulah gerak geri mereka. Begitulah juga dengan para suami. Janganlah buang masa melayan isteri dan anak dara orang. Jika kita benar-benar mampu dan mahu, bernikahlah sahaja agar perhubungan itu ada berkatnya.

Pengalaman seorang dari kami amat mengejutkan sekali. Seorang artis terkenal yang sudah bersuami dipelawa di hadapannya oleh rakan lelakinya hanya dengan ayat “can I have #se’x with you, I have got a room here’. Beliau yang sedang makan di restoran Hotel itu bersama rakan beliau boleh dengan mudah ikut naik ke bilik. Ironinya, ia tidak berlaku di hadapan rakan kami dan rakan-rakan artis itu, bukan secara rahsia. Beliau turut menceritakan kisah zina yang berleluasa secara terang-terangan di kalangan artis dan penari budaya.

Lihatlah penceraian yang berlaku apabila suami dapat tahu isterinya bertukar gambar alat kelamin dengan artis, melakukan perbualan #lu-ca’h melalui telefon, sms, facebook, Whatsapp dan sebagainya. Hari ini ramai lelaki yang mengadu isteri mengabaikan suami dan anak kerana aktiviti ini. Dari aktiviti maya itu mereka berjumpa dan akhirnya syaitan akan menggoda masing-masing melakukan zina. Ingatlah, rakaman dan berita dari kerosakan akhlak ini akan menjadi rejaman masyarakat terhadap kita hingga ke anak-cucu, bahkan ke akhir hayat.

Telah Allah tegaskan bahawa “berkeliaran itu membawa kerosakan”. Seharusnya kita mematuhi arahan Allah itu agar mampu kita hentikan segala kerosakan akhlak ini segera. Kita sudah terlalu jauh dari landasan agama kita. Kerana itulah hidup masyarakat kita ini amat ‘tidak sejahtera’. -fb